Mata pelajaran pendidikan seni merupakan satu mata pelajaran yang dapat memupuk daya kreatif murid.Semasa menjalankan pengajaran pendidikan seni, guru boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran. Untuk menghasilkan sebuah lukisan, tidak semestinya menggunakan warna mewarnakan gambar yang dilukis. Guru boleh menggunakan keadah yang dapat menarik minat murid untuk meyiapkan hasilan mereka. Di sini saya ingin memperkenalkan satu cara menghasilkan lukisan dengan cara "magic".
Langkah-langkah menghasilkan lukisan "magic"
Langkah 1
-Sediakan bahan-bahan berikut:
a) warna krayon
b) kertas lukisan
c) pembaris
d) suratkhabar
Langkah 2
-Mula-mula mewarnakan lapisan pertama di atas kertas lukisan dengan pelbagai warna.
(Gunakan suratkhabar sebagai alas untuk mengelakkan mengotorkan meja.)
-Anda boleh mewarna dengan warna yang disukai tetapi warnanya mestilah berwarna-warni.
-Pastikan kertas lukisan diwarna dengan sepenuhnya tanpa mempunyai ruang kosong.
Langkah 3
-Langkah 3 anda dikehendaki mewarna lapisan kedua dengan warna hitam sahaja.
-Lapisan ini juga dikehendaki warna dengan warna hitam dengan sepenuhnya tanpa ruang kosong.
-Lapisan kedua haruslah siap diwarna dengan warna hitam seperti contoh disebelah.
Langkah 4
-Langkah terakhir ialah anda dikehendaki menghasilkan lukisa anda dengan cara "mengorek" dengan menggunakan pembaris.
- Anda boleh "mengorek" samada corak atau gambar mengikut kesukaan anda.
Inilah lukisan "magic yang dihasilkan.
Langkah-langkah yang ditunjukkan mudah difahami, syabas!
ReplyDeleteharap cikgu mencuba bersama-sama.
DeleteMaklumat yang cikgu beri sangat berguna.Terima kasih kerana berkongsi dengan kami.
ReplyDeleteTerima kasih, harap maklumat ini memanfaatkan.
Delete