Wednesday, October 3, 2012

Pendidikan Seni Visual merupakan salah satu mata pelajaran yang diajar di semua sekolah samaada di sekolah rendah atau di sekolah menengah.Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual diadakan adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis,kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.Kandungan kurikulum pendidikan seni visual bermatlamat membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,menghargai keindahan alam sekitar, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat memberi sumbangan ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Untuk menghasilkan sebuah karya seni yang menarik, selain menggunakan kertas lukisan dan warna, kita juga boleh menghasilkan sebuah karya seni dengan menggunakan media seni yang lain. Kita boleh menggunakan kertas warna, kotak, benda-benda kitar semula dan sebagainya. Hasil karya di sebelah menunjukkan karya seni yang diperbuat daripada pinggan kertas (benda kitar semuka) dan kertas warna. Maka kita boleh menggalakkan anak murid kita menggunakan benda kitar semula menghasilkan karya seni yang cantik. Ini dapat menjimatkan kos serta dapat mengamalkan sikap cintai alam.