Langkah-langkah menghasilkan lukisan "magic"
Langkah 1
-Sediakan bahan-bahan berikut:
a) warna krayon
b) kertas lukisan
c) pembaris
d) suratkhabar
Langkah 2
-Mula-mula mewarnakan lapisan pertama di atas kertas lukisan dengan pelbagai warna.
(Gunakan suratkhabar sebagai alas untuk mengelakkan mengotorkan meja.)

-Anda boleh mewarna dengan warna yang disukai tetapi warnanya mestilah berwarna-warni.
-Pastikan kertas lukisan diwarna dengan sepenuhnya tanpa mempunyai ruang kosong.
Langkah 3
-Langkah 3 anda dikehendaki mewarna lapisan kedua dengan warna hitam sahaja.
-Lapisan ini juga dikehendaki warna dengan warna hitam dengan sepenuhnya tanpa ruang kosong.
-Lapisan kedua haruslah siap diwarna dengan warna hitam seperti contoh disebelah.
Langkah 4
-Langkah terakhir ialah anda dikehendaki menghasilkan lukisa anda dengan cara "mengorek" dengan menggunakan pembaris.
- Anda boleh "mengorek" samada corak atau gambar mengikut kesukaan anda.
Inilah lukisan "magic yang dihasilkan.
Langkah-langkah yang ditunjukkan mudah difahami, syabas!
ReplyDeleteharap cikgu mencuba bersama-sama.
DeleteMaklumat yang cikgu beri sangat berguna.Terima kasih kerana berkongsi dengan kami.
ReplyDeleteTerima kasih, harap maklumat ini memanfaatkan.
Delete